asallamualaikum. Selamat datang
Tujuan saya menulis adalah untuk murid- murid mengetahui tentang syarat sah wuduk,fardu wuduk dan kelebihan wuduk.
Pengertian wuduk
Dari segi bahasa wuduk bererti mengambil air sembahyang.Syarak pula mengertikan wuduk ialah membasuh angota tertentu dengan air yang bersih dengan syarat-syarat dan rukun dengan niat tertentu semata-mata kerana Allah.Contoh ibadat yang mewajibkan wuduk ialah solat,tawaf dan menyentuh Al-quran
Dalil wuduk
(Al-maidah ayat 6) yang bermaksud:
wahai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mendirikan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua tangan kamu hingga ke siku,dan sapulah sebahagian kepala kamu dan basuhlah kedua-dua kaki kamu hingga ke buku lali
Rujukan:
http://almalakawi.wordpress.com/2009/10/24/wuduk-mengangkat-air-sembahyang/dalil-wuduk/
Hadis Rasullulah:
(Riwayat Bohari,Muslim,Abu Daud dan Tarmizi) bermaksud:
Allah tidak menerima solat mereka yang berhadas sehingga ia berwuduk.
Syarat sah wuduk
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Menggunakan air mutlak
5.Tidak dihalang sesuatu untuk sampai air ke anggota wuduk
6.Suci dari haid dan nifas
Fardu wuduk
1.Niat,disertakan ketika mula membasuh sebahagian dari kawasan muka dengan ada kosod bukan secara tidak sengaja.
2.Membasuh muka iaitu dari tempat tumbuh rambut dibahagian atas hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak cuping telinga kanan hingga anak cuping telinga kiri.
3.Membasuh kedua tangan hingga ke siku dari hujung jari hingga ke siku.
4.Menyapu sebahagian kepala iaitu mana-mana bahagian kepala sama ada yang ada rambut atau tiada.
5.Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali.
6.Tertib,iaitu mengikut susunan yang ditetapkan oleh syarak.
Kelebihan berwuduk
1.supaya umat islam sentiasa dalam keadaan bersih dan suci
2.Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk
3.dapat melindungi umat islam daripada perkara-perkara yang tidak diingini
4.Mendapat keberkatan hidup
5.Memudahkan perjalanan seseorang mendapat balasan nikmat syurga Allah
Syarat sah wuduk
1.Islam
2.baligh
3.berakal
4.menggunakan air yang suci lagi menyucikan
5.tidak dihalang oleh sesuatu yang menyebabkan air tidak sampai kekulit anggota
6.suci daripada haid dan nifas
Fardu-fardu wuduk
1.niat disertakan ketika mula membasuh sebahagian daripada kawasan muka dan membasuhnya itu dilakukan dengan ada kisad,bukan secara tidak sengaja.
2.membasuh muka meliputi had kawasan muka yang wajib dibasuh iaitu daripada tempat tumbuh rambut di bahagian atas hingga ke bawah dagu dan lebarnya daripada anak cuping telinga kanan hingga anak cuping telinga kiri.
3.membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku,sebaiknya bermula daripada hujung jari hinggalah kesiku.
4.menyapu sebahagian daripada kepala,iaitu menyapu dimana-mana bahagian kepala sama ada yang ada rambut atau tiada.
5.membasuh kedua-dua kaki hingga kebuku lali.
6.tertib,iaitu melakukan wuduk mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Bahan rujukan:
1.Pendidikan Ibadat Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor
salam......
ReplyDeletemacam tu budak belum baligh ( belum cukup umur ) tak payahlah ambil air sembahyang kan kan kan....? sebab baligh ialah salah satu syarat sah wudhuk. penat aja ambil air sembahyang tapi tak sah, kan?
belum baligh pun tak pe,masa kecillah untuk berlatih berwuduk
Deletetaniah kepada anda kerana dapat menghasilkan blog yang bertajuk wuduk ini.
ReplyDeletehahaha...btol kalau ambik air sembahyang tak sah serupa tak payah ambik wuduk btol..2
ReplyDeletesaya suka dengfan laman blog ini.Semoga berjaya
Deletepada pendapat saya.. ramai orang mengambil mudah tentang wuduk.. tetapi ramai yang mengambil wuduk tidak mengikut cara yang betul..
DeleteSejak belum balq lagilah kita belajar ambil wuduk.
Deletesaya suka blog akak sebab ramai yang akan tahu tentang wuduk...
ReplyDeleteTahniah kerana menghasilkan blog ini.
ReplyDeleteSejak belum baliqlah belajar ambil wuduk.
Deletekalau boleh ustazah buatlah penambahbaikkan lagi agar makluman ini dapat disertakan dengan gambar-gambar yang menarik .
ReplyDeleteTerima kasih diatas comen anda.Saya akan cuba baiki lagi.
ReplyDelete